Tips Penting Memulakan Perniagaan Internet
Orang berjaya sentiasa merancang apa yang dibuat. Begitu juga dengan usahawan, untuk memulakan sesuatu perniagaan tips penting ini boleh dijadikan panduan.
1. Pilih Model yang sesuai.
Model perniagaan internet ni sangat banyak. Antara yang boleh dicuba ialah perniagaan ebook, prepaid, ebay, dropship produk digital dan sebagainya. Pendek kata apa yang boleh ditawarkan diluar ini boleh juga dilakukan di internet.
2. Kenalpasti niche.
Setelah model dikenalpasti, sekarang tiba masanya kenalpasti niche. Contohnya dalam perniagaan percentakan, tumpuan kepada mencetak baju telah dipilih. Maknanya anda cuma tumpukan pada mencetak baju sahaja. Dari situ akan timbul fokus.
3. Fokus.
Fokus pada niche yang telah dipilih. Fokus dari semua aspek. Marketing, promosi, supplier, distributor dan apa-apa yang berkaitan. Semuanya mesti difokuskan untuk mencari yang terbaik. Bila semuanya terbaik, perniagaan kita juga menjadi yang terbaik.
4. Rajin Cari ilmu dan Networking.
Sesetengah usahawan malas mencari ilmu. Mereka merasakan usaha dan ilmu yang mereka ada sudah cukup. Itu pendapat yang kurang tepat. Belajar dan terus belajar. Berkongsi maklumat dari pesaing juga bagus untuk perniagaan kita. Hadirilah seminar, kursus dan latihan yang banyak dianjurkan. Disamping dapat ilmu boleh juga meluaskan networking.
Inilah sahaja petua untuk kali ini. Nanti saya kongsikan petua lain.